≠
Inilah 12 Artis Malaysia Yang Ada Ijazah Pendidikan HEBAT Tapi Ramai TAK TAHU. RESPEK !!! | Bila cakap pasal artis je mesti ramai terfikir mereka ini golongan yang gagal SPM lalu cari jalan lain untuk berjaya ke puncak. Tapi admin nak bagitau, tak semua macam tu sebab… Baca sendiri di bawah ni…
≠
1
≠
NAJWA MUHYIDDIN
≠
Anak kepada Timbalan
Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari
Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu Got to Go ini memilih untuk menyambung
pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar
cita-cita menjadi penghibur terbaik.
≠
Lisa Surihani
≠
Pelakon Istanbul, Aku
Datang ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan
kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki
Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di
Wales, United Kingdom.
≠
Yuna
≠
Dia mungkin antara
penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama
di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti pemuzik jalanan, Yuna
memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah
Alam (UiTM).
≠
Daphne Iking
≠
Personaliti TV terkenal,
Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah
Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004,
memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik
tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
≠
Ahmad Idham
≠
PaDa tahun 2011,
pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara
Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang
industri. Pengarah Remp-It yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan
bidang perfileman tempatan cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan
terbabit.
≠
Sudirman Hj Arshad
≠
Allahyarham Sudirman
Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian
akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung
pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang
Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.
≠
Datuk Aznil Hj Nawawi
≠
Personaliti TV, pelakon
dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah
Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam
dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang
penyiaran.
≠
Fazley Yaakob
≠
Tidak kisahlah jika
suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki
Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of
Wellington, New Zealand.
≠
Jason Lo
≠
Bintang muzik Irish-Cina
kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang
Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di
Webster Graduate School in London.
≠
Kaer Azami
≠
Selepas bekas peserta
Akademi Fantasi Musim 2 ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia
selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini
merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.
≠
Aishah
≠
Penyanyi terkenal 90-an,
Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New
Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti
Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh
ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
≠
Azhar Sulaiman
≠
Pelakon Keluarga
Iskandar ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994,
Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di
United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University
of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam
bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001. KREDIT
BERITA VIRAL.
0 comments:
Post a Comment